Pelancaran Program Juara Rakyat Peringkat Daerah Beaufort


21hb Febuari 2010 - Seramai 13 orang ahli Pengakap telah bersama membantu dalam menjayakan Program Juara Rakyat yang di ketuai oleh Skp Hj Sabli di bantu oleh Skp Ibrahim, Skp Khairul Izuan dan juga Skp Suardi.


Selain membantu dalam kelancaran program, seramai 10 orang ahli pengakap yang lain juga terlibat dalam menjayakan kempen dermah darah yang dijalankan. Ramai lagi yang ingin turut menderma darah tetapi peraturan yang menetapkan bahawa penderma mestilah berumur 18 tahun keatas.

Namun begitu ramai pihak yang menyatakan pujian keatas disiplin dan komitmen yang ditunjukkan dalam program tersebut dan berjanji akan terus menjemput Persatuan Pengakap jika terdapat program - program yang lain.

Kepada semua ahli Pengakap diharap dapat mengekalkan semangat kerjasama dan juga disipin yang tinggi bagi menjaga nama baik Pengakap dimata masyarakat. Persekutaun Pengakap Malaysia Daerah Beaufort mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli yang bertugas.








1 comment:

  1. Salam..Pasukan Kelana daerah Tenom akan mengadakan kembara kelana ke Pulau Sapi Kota Kinabalu, dan akan menaiki Keretapi ke daerah Beufort pada 18.16.2010.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...