Tahniah


Setinggi - tinggi penghargaan kepada beberapa orang ahli pengakap daerah Beaufort kerana telah menunjukkan satu keberanian sekali gus membuktikan bahawa ahli Pengakap di daerah Beaufort merupakan antara yang terbaik.


Pada hari khamis lepas (28hb Januari 2010) beberapa orang ahli pengakap telah membantu dalam stu kejadian kebakaran di Kg bakalau. Malah Pengakap adalah pasukan yang paling awal tiba di tempat kejadian berbanding dengan Bomba. Pujian harus di berikan kepada beberapa orang ahli pengakap atas tindakan berani mereka berjaya menyelamatkan sebuah rumah yang hampir terbakar. Namun begitu kerana kekurangan peralatan kita tidak dapat menghalang kebakaran dari merebak memusnahkan 4 buah rumah lagi. Mujurlah pihak bomba tiba tidak lama kemudian.


Kebakaran yang bermula pada jam 2.00 pagi itu hanya dapat dikawal sepenuhnya pada jam 4 .00 pagi yang melibatkan 2 jentera bomba dari daerah beaufort. Pihak bomba mengalami kesukaran mengawal kebakaran kerana tekana air pada masa tersebut agak rendah. puca kebakaran masih belum di ketahuai dan di percapa adalah berpunca dari lilin.


Dengan ini layaklah ahli pengakap yang di ketuai oleh Skp Suardi dan juga Skp Adimas di berikan penghargaan atas bantuan yang di berikan tanpa mengira waktu. Syabas dan tahniah...jasamu sentiasa di kenang...


Sekali berpengakap terus berpengakap...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...