Pendaftaran keahlian


Dimaklumkan bahawa pendaftaran keahlian Pengakap bagi tahun 2009 akan tamat tempoh pada 30hb Mac 2010. Namun demikian Mesyuarat EXCO Majlis Pengakap Malaysia telah menetapkan bahawa tempoh pendaftaran keahlian terkini adalah bagi tempoh 1 tahunbermula 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember pada tiap - tiap tahun.


Oleh itu semua pemimpin Pengakap dibahagian Pedalaman Bawah khasnya hendaklah mendaftarkan kumpulan mereka sekarang dan pendaftaran hendaklah dibuat melalui Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah dan bukan melalui "On-Line" secara terus ke Ibupejabat PPM Kuala Lumpur. Ini bagi memudahkan Pentadbiran Pengakap Negeri membuat bancian lengkap serta mengeluarkan lencana pendaftaran khusus untuk setiap ahli Pengakap Sabah

Diharap semua dapat mengambil perhatian. Sebarang urusan pendaftaran boleh berhubung dengan Pesuruhjaya di daerah masing - masing.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...