Program Derma Darah Perpaduan Anjuran Bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Beaufort, Pengakap dan KRT

16 Disember 2011, Beaufort - Bertempat di Hospital Beaufort Seramai 10 orang ahli Kelana telah sama-sama menjayakan program Derma Darah Perpaduan anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Daerah Beaufort, Pengakap dan juga KRT daerah Beaufort. Program ini mensasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 20 pain darah dari para penderma.

Program ini juga turut dihadiri 6 orang Pengakap Kelana dari Negara Brunei walaupun kehadiran mereka bukan untuk menderma kerana sebab-sebab tertentu. Kehadiran Pengakap Kelana dari negara Brunei ini disebabkan pada masa yang sama terdapat satu program Jejak Kelana 1 yang dijalankan oleh Pengakap Kelana Brunei di Beaufort dan mereka sedang berkhemah di Taman Tasik bersama-sama dengan kelana dari daerah Beaufort.

Setelah menjalani saringan, hanya 2 orang ahli kelana dari daerah Beaufort berjaya menderma. Ini kerana setelah melalui pemeriksaan kebanyakkan tekanan darah ahli Kelana Beaufort tidak sesuai untuk menderma kerana kekurangan tidur akibat aktiviti bersama Pengakap Kelana Brunei. Pengakap yang berjaya menderma ialah Hairul dan juga Herman Tino.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...