17 Disember 2011, Beaufort - Perogram kembara Bikit kayang bermula dari Rumah Pengakap Daerah BEaufort menuju Bukit Kayangan dalam kawasan Kg. Lumatai, Beaufort. Program kali diketuai oleh Skp Hadyanshah Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri sabah.
Program kali ini bermula dari 17 Disember dan tamat pada 18 Disember 2011 di mana peserta akan bermalam di puncak Bukit Kayangan sambil menikmati pemandangan yang menarik. Dari puncak Bukit Kayangan panorama pemandangan sekitar daerah Beaufort jelas kelihatan malah jika keadaan cuaca mengizinkan maka puncak Gunung Kinabalu juga boleh kelihatan. Pada waktu malam cahaya dari pu;ai Labuan akan jelas kelihatan. Selain itu terdapat satu air terjun yang jernih di Bukit Kayangan.
Sepanjang perogram ini selain dari menikmati pemandangan yang menarik pelbagai aktiviti kemahiran Pengakap juga di jalankan dibawah kendalian Skp Hadyanshah. Sekalung tahniah untuk Skp Hadyanshah atas usaha menjayakan kembara ini.
Sumber gambar : Zur Atiqah Mohammed
No comments:
Post a Comment