Ujian Lulus Lencana SM St Paul Beaufort



Lokasi    :               SM St Paul Beaufort
Tarikh    :               16hb APRIL 2011
Masa     :                8.00 am

Bermula jam 8.00 am semua ahli Pengakap telah berkumpul dan bersedia untuk menghadapi ujian yang akan dijalankan. Namun aktiviti kali ini dimeriahkan dengan penyertaan dari KRS St Paul yang berminat untuk menyertai aktiviti Pengakap.

Aktiviti bermula dengan istiadat rasmi sebelum ahli-ahli Pengakap dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap unjian yang mereka ambil. ujian kali ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bagi ahli baru yang mengambil lencana keahlian yang di ketuai oleh Skp Khairul Izuan Sidek, manakala lencana Usaha dipimpin oleh Skp Imran dan ujian untuk lencana Maju dibaah kendalian Skp Ag Sham.

Secara keseluruhannya proses ujian berjaya mencapai matlamat dengan beberapa orang disahkan lulus setelah mengikuti beberapa proses ujian yang dijalankan. Pada sebelah petang walaupun hujan lebat namun ia tidak merencatkan perjalan program. Syabas kepada mereka yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya cuba lagi pada masa akan datang. Sekali berpengakap terus berpengakap.





























3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...