Tradisi Pengakap yang semakin hilang


Duduk bercerita dengan "member-member" Pengakap terkeluar pula topik mengenai budaya Pengakap yang hampir pupus ditelan zaman. Kalau dahulu pengakap merupakan sebuah pergerakan yang "hapening" dengan pelbagai carita dan gelagat yang menjadi satu tarikan tersendiri dalam menyertai pergerakan pengakap.


Namun sekarang bukan sahaja pergerakan Pengakap di sekolah semakin "slow" malah ada daerah yang umpama hidup segan mati tak mahu... Sungguh menyedihkan. Jika dahulu sebut saha perkhemahan maka ramailah yang berebut-rebut mendapatkan borang penyertaan sampai ada yang sanggup tukar persatuan dan terus beli uniform Pengakap. Tapi sekarang masih ramai juga yang ambil borang tapi mereka-mereka yang mempunyai skaf "pinjam".

Balik kepada budaya Pengakap yang hilang...

Yell
Kalau dulu asal saya perkhemahan pasti kita akan selalu mendengar yell-yel kreatif berkumandang apalagi jika masa persembahan suasana pasti meriah. Tapi sekarang ni untuk dengar satu yell pun susah hunggakan kadangkala pengacara majlis terpaksa meminta beberapa kali untuk satu kontinjen melaungkan yell mereka. Apa sudah hilang daya kreativiti ahli Pengakap sekarang?

Jobweek
Perkara ini pun semakin hilang sekarang. Mungkin sebab jobweek ni sering dilupakan adalah sebab kesusahan untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan aktiviti ini. Namun alangkah baiknya jika jobweek ini dapat diteruskan sekurang-kurangnya dapat membina semangat berdikari dalam diri ahli Pengakap.
Budaya mengenjar lencana
Kalau zaman saya dahulu kita orang selalu berlumba-lumba untuk mendapatkan lencana kemajuan hinggakan sanggup hari-hari berjumpa pemimpin semata-mata untuk mengambil ujian (masa itu Skp Sham la yang selalu menguji kami Terima kasih Skp Jasa mu sentiasa ku kenang) tapi sekarang macam dah tidak berlaku lagi. Ada saya jumpa seorang ahli Pengakap tingkatan 5 tapi tidak lulus lagi ujian keahlian (apa punya ahli la) kantanya menyertai Pengakap sejak dari darjah 5. 6 tahun jadi Pengakap tidak lulus lencana keahlian. Ada juga saya jumpa tingkatan satu dia ikut perkhemahan orientasi, tingkatan 2 ikut lagi, tingkatan 3 ada lagi sampai tingkatan 5 masih lagi ikut perkhemahan orientasi tapi tidak juga lulus-lulus. Orang lain dah jadi "king scout" puncanya dari diri sendiri yang malas.

Dan yang paling penting budaya setia kawan dah semakin hilang dalam Pengakap. Ini yang paling sedih. Pengakap adalah bersaudara kepada semua orang. Jadi sendiri mau ingatlah.

Jangana ada marah dengan tulisan ini. Sebab semua terpulang pada kita sebagai ahli Pengakap untuk terus memartabatkan pergerakan Pengakap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...