Menolong orang pada setiap masa


Beaufort banjir lagi...kali ini seramai 10 orang ahli pengakap daerah beaufort dari unit Rescue team telah turut sama membantu dalam mengahdapi bencana alam ni bersama - sama dengan agensi kerajaan yang lain. Untuk kali ini angota pengakap di tugaskan di bilik gerakan banjir bagi membantu Jabatan Pertahanan Awam dalam melaksanakan operasi pemindahan sekiranya paras air terus meningkat keparas bahaya.


Terimakasih diucapkan kepada semua ahli Pengakap yang terlibat walaupun terpaksa megharungi cabaran dan ada yang terpaksa bermalam dibilik gerakan walaupun tanpa apa - apa insentif tetapi inilah dikatakan Pengakap "menolong orang pada setiap masa".

Dengan ini kami menyeru kepada sesiapa yang bersedia menyumbang kepada kami beberapa peralatan seperti bot, enjin sangku dan lain - lain kelengkapan kepada pihak Beaufort Scout Rescue Team agar kami dapat memberikan yang terbaik dalam masa - masa akan datang. Terima kasih

Satu pengakap, satu persetiaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...