Program Jejak Kelana 1 Pengakap Negara Brunei Darussalam ke Daerah Beaufort

 
Beaufort, 15 Disember 2011 - Sekumpulan ahli Pengakap Kelana dari negara Brunei telah tiba di Beaufort untuk satu program Jejak Kelana 1 dan mereka berkhemah di Taman Tasik bersama-sama dengan Kelana dari daerah Beaufort. Sepanjang berada di Beaufort pelbagai aktiviti dilakukan bagi melengkapkan misi mereka antaranya lawatan menaiki keretapi ke Halogolat dan juga lawatan ke kilang memproses sagu di Kg Indumadi.


Sealain itu Pengakap kelana dari Brunei ini juga dibawa untuk sama-sama memeriahkan program derma darah anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Daerah Beaufort, Pengakap dan juga KRT. Walaupun Pengakap Kelana tidak menderma darah namun sekurang-kurangnya mereka dapat didedahkan mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan didaerah Beaufort terutama unit Kelana.

Pengakap Kelana Brunei juga diberi taklimat mengenai struktur pentadbiran Pengakap di Sabah yang mereka sifatkan sebagai unik dan sistematik. Program ini dapat menggalakkan lagi perhubungan antara Pengakap Malaysia amnya dengan Pengakap dari Brunei.

Pengakap Kelana Brunei bertolak ke Tenom pada 17 Disember 2011 untuk meneruskan aktiviti program Jejak Kelana 1 mereka. Selamat maju jaya dari Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Beaufort.

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...