Perkhemahan Unit Beruniform Sk Luagan 2011


Sekalung tahniah kepada Sk Luagan kerana sekali lagi berjaya menganjurkan satu perkhemahan yang amat berjaya. Perkhemahan yang bermula pada 28 Mei 2011 dan berakhir pada 30 Mei 2011 telah berjaya menghimpunkan lebih 100 orang perserta yang terdiri pelajar sekolah rendah. Perkhemahan ini turut di sertai oleh Persatuan Puteri Islam Malaysia Sk Luagan dan juga Persatuan Pengakap dari Sk Lupak dan juga Sk Klias Baru selain Persatuan Pengakap dari Sk Luagan.


Sepanjang perkhemahan pelbagai aktiviti telah diatur dan semuanya telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak di samping komitmen yang tinggi dari guru-guru pengiring bagi memastikan perjalanan perkhemahan berjalan dengan lancar. Perkhemahan kali ini juga turut mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Beaufort yang mengendalikan aktiviti yang bersifat kebombaan selain aktiviti lain yang mampu memberikan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan oleh para peserta.

Dalam setiap perkhemahan, aktiviti halangan komando adalah satu aktiviti yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh para peserta. Untuk kali ini, aktiviti halangan komando adalah antara yang terbaik pernah dijalankan dimana kesemua halangan adalah memenuhi syarat dan skima latihan yang diperlukan oleh para peserta dan ini akan membatu mereka ketika hendak mengambil ujian kenaikan lencana kemudian.

Pujian harus diberikan kepada Guru Besar Sk Luagan yang bukan sahaja sanggup datang pada malam hari bagi sama-sama memeriahkan malam 1001 kenangan tetapi turut sama menjayakan satu persembahan yang di persembahkan oleh pemimpin kumpulan dan juga guru pengiring. Tidak ramai guru besar yang mempunyai semangat demikian.

Satu kelainan pada perkhemahan kali ini ialah dengan kehadiran 3 orang ahli silap mata yang juga merupakan ahli pengakap. Mereka telah berjaya menghiburkan para peserta dengan persembahan mereka dan ini akan memastikan para peserta akan pulang dengan kenangan manis yang mengembirakan.

Tahniah kepada Sk Luagan atas penganjuran perkhemahan yang amat berjaya. Terima kasih juga kepada unit kelana Beaufort iaitu (Suardi, Wan dan Anuar) yang telah sudi memberikan bantuan dalam menjayakan perkhemahan ini, tidak lupa juga kepada Sk Lupak dan Sk Klias Baru yang sudi bersama-sama menjayakan pekhemahan ini serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Sk Luagan terus berjaya pada masa-masa akan datang.








2 comments:

  1. Tahniah sk luagan...Calling2 ah kalau ada camping lagi di luagan... :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...